Thursday, June 20, 2013

Demi qalbu

Ya Rabb .. segala puji-pujian hanya untuk mu ..

Sesungguhnya hamba mu ini insan yang sangat lemah
Hanya mampu menadah tangan
Sangat malu untuk meminta
Kerana tahu akan kotor dan kalutnya
Diri ini ....

Ya Rabb ... salam dan selawat kepada Rasulullah saw
Kekasih mu yang sangat dikau cintai
Salam dan selawat kepada ahli keluarga Rasulullah saw
Yang juga sangat kau kasihi ...

Ya Rabb ... hanya pada mu hamba mu ini bermohon
Berilah kami kekuatan, ketenangan pada qalbu kami ..
Janganlah biarkan kami terus lalai dalam kegelapan ..
Janganlah dibiarkan silau dalam cahaya yang terang

Ya Rabb .. kami berserah diri pada mu semata-mata ...
Redha kami akan ketentuan yang dikau pilihkan untuk ku...
Hanya janji mu yang benar-benar pasti
Hanya akhirat mu sebenar realiti ..

Ya Rabb ... pemilik mutlak diri ini ...
Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dihati ini
Mohon dilesukan gelojak qalbu ini ...
Kerana gusarnya tiada dapat ku tenangkan

Ya Rabb .. Yang Maha Mengetahui

No comments: