Saturday, August 3, 2013

Ramadhan bersejarah ...

Dugaan terhebat ...
Penuh peringatan ...
Kelemahan diri ...
Terbongkar luas ....

Setiap yang berlaku ...
Bukankah sudah tersurat ...
Atau sebenarnya ia ...
Kesan akibat ...

Siapalah daku ...
Tanpa DIA ...
Aku adalah hasil ciptaan ...
Tidak sempurna di mata manusia ...

Pelindung ku bukan manusia ...
Maka tidakkan ku bebankan ...
Sesiapa lagi ...
Berkelanalah Sang Kara ini ...

Semoga ku temui ...
Al-Mahdi

Wednesday, July 24, 2013




















... alam terkombang menjadi guru ...

Saturday, July 13, 2013

Demi masa ...

air itu ..
berperanan mengikut fitrahnya
kekadang lembut alirnya
kekadang ganas arusnya

ia bergerak bila perlu bergerak
berkumpul di mana ia perlu berkumpul
berapung di mana ia perlu berapung
menitis di mana ia perlu dititiskan

kekadang seolah ia mengilhamkan ketenangan
kekadang seolah ia memberi kehidupan
kekadang seolah ia mencabut kebahagiaan

air itu ... makhluk nan setia

bagaimana pula kita?
dimanakah letaknya kesetiaan kita
untuk apa setia yang diberikan
Siapakah sebenarnya setia ini perlu diberikan

Alam terkombang menjadi guru


Friday, June 21, 2013

21 Jun - Selamat Harijadi Kakak Tunggal Ku

Along,

Sungguhnya ... hanya kamu satu-satunya kakak ku ...

Dari kamu ku pelajari ..
Erti kasih seorang kakak  ...
Erti cenge-nya seorang kakak ...
Erti pengorbanan seorang kakak ... :)

Ingatkah semasa kita kecil ...
Wajah mu agak montel .. ;) ...
Dan kau cukup marah apabila aku hanya memanggil mu Imah ...
Itulah nama timangan mu ... di rumah ...
Nama yang diberikan oleh arwah Atok Hussein .. (Al - Fatihah) ...

Ingatkah ...
Birat belakang mu .. 
Apabila kau membentengi rotan itu ...
Yang dibilas ke arah ku ...
Alang-alang anak bongsu ...
Kenakalan ku .. bukan sedikit ...
Namun .. kau cuba melindungi aku ... walau pun kau yang mendapat sakit ....

Ingatkah .. 
Sayur sawi yang pertama kali digoreng ... agak masin ...
Tapi ku kunyah dan telan juga ... kerana takut kakak ku merajuk hati ....
Namun kau tetap mengetahui ... :)

Ingatkah ...
Biskut lemak yang ditumbuk hancur ...
Dicampur digaul dengan gula .... di makan di hadapan tv ..
Yang sedang menyiarkan Little House on The Prairie .. ;)

Kemudian satu hari ...
Segalanya berubah ...kau lebih mendiamkan diri ...
Kau lebih suka menyendiri ...
Aku terlalu kecil untuk memahami ...
Tapi otak ku ligat mencari-cari ....
Apakah yang membuatkan kau berjauh hati ...
Dan aku mula memerhati ... setiap hari ...

Hanya apabila kau melanjutkan pengajian mu berhampiran Hospital Assunta sana ...
Aku mula membongkar setiap ceruk ruang bilik kita ...
Dan aku pun terjumpa ... khazanah kecil mu ...  sidari pemegang rahsia ...
Sungguh luluh hati ini .. membaca catatan kandungan memilu  ...
Rahsia kau yang juga rahsia aku ...
Rahsia yang membuat ku bungkam dan kelu ...
Rahsia yang mencorakkan pemikiran dan sikap ku ...
Mulai hari itu ...

Apa pun kebodohan ku .. selama ini ...
Aku memohon ampun dan maaf dari mu ...
Bukan ku ingin membuka luka dan parut hati kita ....
Tapi ingin ku katakan dengan terbuka ... 
Kau lah satu-satunya kakak ku ...
Ratu hati kedua selepas ummi ...
Kalau lah aku mati dan dihidupkan kembali ...
Hanya kau yang ku cari untuk menjadi kakak ku lagi ...

Terlalu banyak yang ingin aku berkongsi ... 
Tapi salah ku ... aku yang memulakan jurang ini ...
Sekiranya kau mengetahui .. betapa kasih dan sayang ku pada mu ...

Kasih sayang mu pekat mengalir dalam jiwa ini ....
Lebih pekat dari darah mereka yang berkongsi satu leluhur ...

Ku doakan kau bahagia bersama keluarga mu yang tercinta ...
Terima kasih atas kasih sayang yang tak berbelah bahagi ...
Ku pohon ampun atas kerahsiaan yang ku pikul dengan rela ...
Diharapkan satu hari kau mengerti ...
Kenapa jalan ini yang ku selusuri ...

Sekiranya aku tiada lagi ...
Dan ayah bonda masih di sisi ...
Tenangkan lah hati mereka ... dengan ungkapan ...
Anak bongsu mereka memilih jalan fisabilillah ...
Memilih mencintai Allah swt, Rasulullah saw dan Ahlulbayt ...
Kerana ini lah sahaja tanda kesyukuran ku atas anugerah yang diberikan ...
Kerana menjadikan kita sebagai satu keluarga ...

Selamat Harijadi Kakak Tunggal Ku .. 
Semoga Allah pertemukan semula kita sebagai satu keluarga ... 

Thursday, June 20, 2013

Demi qalbu

Ya Rabb .. segala puji-pujian hanya untuk mu ..

Sesungguhnya hamba mu ini insan yang sangat lemah
Hanya mampu menadah tangan
Sangat malu untuk meminta
Kerana tahu akan kotor dan kalutnya
Diri ini ....

Ya Rabb ... salam dan selawat kepada Rasulullah saw
Kekasih mu yang sangat dikau cintai
Salam dan selawat kepada ahli keluarga Rasulullah saw
Yang juga sangat kau kasihi ...

Ya Rabb ... hanya pada mu hamba mu ini bermohon
Berilah kami kekuatan, ketenangan pada qalbu kami ..
Janganlah biarkan kami terus lalai dalam kegelapan ..
Janganlah dibiarkan silau dalam cahaya yang terang

Ya Rabb .. kami berserah diri pada mu semata-mata ...
Redha kami akan ketentuan yang dikau pilihkan untuk ku...
Hanya janji mu yang benar-benar pasti
Hanya akhirat mu sebenar realiti ..

Ya Rabb ... pemilik mutlak diri ini ...
Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dihati ini
Mohon dilesukan gelojak qalbu ini ...
Kerana gusarnya tiada dapat ku tenangkan

Ya Rabb .. Yang Maha Mengetahui

Tuesday, June 11, 2013

I-Witness / Aku Bersaksi - I

Ilmu Persilatan Penjurit-Kepetangan Melayu (IPPM) .. the early days of 21st century


Ketika ini ... aku menjadi saksi ... ketulusan hati ... adakah ini semua sekadar potret kenangan?

Sunday, June 9, 2013

I-Witness - the series

We seek no glory no fame,
We seek not recognition or admission,
Let us be the breeze that brings you peace,
We can be the tornado that swipe your enemies into submission

For you,
warriors of bani Ta-Mim

For you,
swords of Zulfaqar

For you,
guards of the Guardian

For you ...