Thursday, June 14, 2012

Salam.

SriKandi, buat makluman mu, 2 perkataan awal gelaran telah diberikan seseorang yang sangat amat ku hormati. Ianya tiada kaitan dengan susur galur ku kerana khazanah khusus itu hilang dari ku.

Kejora adalah kerana keasyikkan ku kepada keindahan rahsiaNYA di alam maya yang dikodkan dengan kezahiran bintang-bintang.

Your revelation allows me to stand proud and tall. Apa pun bahagian darah keturunan yang mengalir di dalam darah ku, aku mendapat lebih kekuatan dan keyakinan. Akan makna wujudnya aku di Tanah Ujong ini.

Aku bukan malukut di tepi gantang. Aku pejuang bukan petualang kepada bangsa ku.

Sebagaimana aku mendokong saudara-saudara ku yang benar-benar berpegang kepada bulat muafakat silaturrahim. Aku akan juga menyokong SriKandi -  kerana tinta-tinta ilmu yang mengalir menerusi tangan lembut mu, telah membenarkan kecendikiawan awal Melayu - tentang tangan yang berkuasa menggoncang dunia.

Your quest is align to my quest.